Thursday, July 24, 2008

YB ZURAIDA YANG BODOH TAK TAHU KIRA

Baru2 ini Yb Zuraida mempertikaikan di dalam akhbar Sinar kenapa Ahli2 Majlis MPAJ mendapat peruntukan hanya RM25,000 seorang untuk tahun 2008 dan beliau ingin mendapat penjelasan daripada YDP MPAJ tentang isu tersebut.Bagi Yb Zuraida setiap Ahli-Ahli Majlis MPAJ sepatutnya mendapat RM50,000 setiap seorang peruntukan untuk satu tahun.Ini yang dikatakan Yb bangap lagi bodoh dalam kerja kira2.Ahli-Ahli Majlis MPAJ angkat sumpah pada 5hb Julai 2008 dan tahun 2008 tinggal lebih kurang enam bulan lagi.Jadinya peruntukan untuk setengah tahun adalah setengah daripada RM50,000.Berapakah jawapannya?Inilah jadinya bila dapat Yb Parlimen yang buat MPAJ macam bapak dia punya!Dah Sahak sayang sangat kut sampai Zuraida jadi buta perut.

Monday, July 14, 2008

YB PARLIMEN PKR DAN SEORANG LAGI BEKAS PENJENAYAH

Ini cerita betul, bukan fitnah.Kami dapat informasi terbaru tentang Yb ini.Yb ini didapati di”sokong” oleh bekas2 penjenayah.Baru2 ini Yb ini telah menjadi terkenal didalam media arus perdana tentang kaitan beliau dengan bekas penjenayah yang beliau usulkan sebagai salah seorang Ahli Majlis MPAJ. Cerita berikut ini lagi sensasi, kerana orang YANG HENDAK DICERITAKAN ini adalah rapat dengan Yb ini. Gambar2 beliau sebelum pilihanraya bersama Yb ini dan juga semasa pembukaan Cawangan2 PKR bersama Yb ini , banyak diperolehi (akan kami siarkan). Orang ini adalah berjawatan didalam PKR Ampang. Menurut sumber yang kami dapati beliau adalah dari Bukit Antarabangsa dan cukup rapat dengan salah seorang Ahli Majlis MPAJ tersebut yang bernama Izzudin (nanti akan kami siarkan gambar mereka bersama dalam satu sesi ramah mesra bersama orang2 lama dan Yb tidak lama dulu anjuran Cawangan Bukit Antarabangsa).Setelah diselidiki, beliau tidak mempunyai rekod polis tapi pernah ada kes melibatkan juta2an RM.Tak tahu macamana jadi macam tu pulak dah. Beliau sekarang adalah hartawan dan banyak menolong Pkr Ampang selama 9 tahun di Ampang. Dengar desas-desus , beliau telah memberi sumbangan dana untuk kempen pilihanraya Yb ini.Banyak mana, allah wa’lam , tapi banyak juga dengarnya (ratusan ribu RM jugaklah). Kalau terlebih sumbangan dan ada “statutory declaration” , mau2 salah disisi undang-undang SPR, kerana dana kempen pilihanraya ada hadnya. Ada berita Yb ini telah menjanjikan banyak projek2 di MPAJ pada orang tersebut. Biasalah dah orang tu “sponsor” kenalah jaga.Tapi sejak kebelakangan ini ada satu pertembungan antara beliau dan Yb ini.Yb ini dikatakan “kencing” (dalam bahasa jalanan Hishamudin Rais bermakna mungkir janji) orang tersebut. Yb meletakkan orang tersebut menjadi penjawat penting ( tapi habuk pun takada) di PKR Ampang tetapi Yb ini pergi melobi projek2 MPAJ pada kroni2 Yb yang lain.

MACAMANA AGAKNYA YB INI…BARU2 INI DIKAITKAN DENGAN BAKAL AHLI MAJLIS YANG ADA KES POLIS, LEPAS INI ADA LAGI SEORANG PENYUMBANG KEMPEN YB YANG MERUPAKAN BEKAS PENJENAYAH???
MEMANG YB INI SUKA DIKELILINGI OLEH BEKAS PENJENAYAH KE??
KAMI AKAN CUBA DAPATKAN MAKLUMAT DARIPADA HARTAWAN INI….
DAPAT PADA ORANG UMNO INFO INI, YB NI MASUK LAGI ARUS PERDANA, ..MACAM2 ADA….

Saturday, July 12, 2008

MANA KEADILAN???MANA??? DIBUANG DALAM TONG SAMPAH KE???

Ada satu lagi fenomena yang berlaku selepas Tsunami 8hb Mac 2008…ia dinamakan “Susu Mami”. Pada 10hb Julai 2008, Memanda MB Selangor, si Sahak ni panggil lah Ketua2 Bahagian dan Setiausaha Bahagian di seluruh Selangor untuk menerangkan kes “liwat” Dato Seri Anwar Ibrahim supaya diterangkan kepada ahli2 bawahan.Sahak oi, bila nak suruh kami terangkan isu2 dan sebarkan leaflet , panggil orang2 bawahan buat kerja. Kami tak perlu SiSahak yang baru dua tahun jagong dalam PKR nak suruh kami pertahankan DSAI.Sahak, oi, kami dah lama dan berkarat dah mempertahankan DSAI tanpa minta duit sesen pun, malah kami dah habis duit kami sendiri untuk pertahankan DSAI.
Hendak dinyatakan disini berasas fakta kukuh, pabila Memanda MB panggil Ketua2 Bahagian dan Setiausaha Bahagian , dari segi protokol hanya mereka ini SAHAJA yang perlu hadir, tidak orang lain.Si Sahak yang jadi MB Selangor atas tiket parti, tapi tak macam orang parti,ni seharusnya pastikan orang2 yang berkenaan sahaja boleh datang ke mesyuarat di rumah kediaman rasmi MB, Istana Mestika.Yang melucukan orang2 YB Zuraida , Ahli Parlimen Ampang, pun ada …seperti Izudin (Ahli Majlis MPAJ yang masuk atas tiket NGO tipu) dan Salmah Ismail ( Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam yang bukan orang Sabak Bernam), yang tak ada mengena langsung dengan mana2 Bahagian di satu Selangor.Tak tahulah mereka ni dah buka “Bahagian Haram” di Ampang! Mereka ni lah boleh saya katakan kaki redah sampai orang2 UMNO di Ampang panggil PKR sebagai Parti Kaki Redah disebabkan oleh mereka2 ni.Mereka ini apa yang YB Zuraidah suruh , mereka buat..jadi pabila MAMI suruh lompat , mereka lompat…hahaha (dog,jump dog..) Kalau kena marah di Ampang, depan muka mereka sendiri , mereka lari kepada MAMI mereka mengadu…cari SUSU MAMI…duduk bawah ketiak MAMI..

Friday, July 11, 2008

Kenyataan Akhbar Badan Bertindak Rakyat Prihatin Kuala Selangor.
Tindakan Kerajaan Negeri melalui EXCO Kerajaan Tempatannya melantik Ahli-ahli Majlis Daerah dari Luar Kawasan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan khususnya pembayar cukai dalam Majlis Daerah Kuala Selangor.
Perlantikan yang di buat oleh Kerajaan Selangor nyata bercanggah dengan prinsip-prinsip berkerajaan yang biasa diamalkan oleh sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
Dengan nama Kerjaan tempatan itu sendiri jelas menunjukkan bahawa perlantikan orang luar sebagai Ahli Majlis amat bercanggah dengan kebiasaan bahawa sesebuah kerajaan tempatan dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat tempatan itu sendiri untuk mengurus daerah tersebut.
Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor, hampir 35 peratus ahli yang dilantik adalah dari luar kawasan. Pemilihan yang sebegini menutup peluang anak tempatan yang berkelayakan untuk berkhidmat kepada masyarakatnya.
Pada masa yang sama, tokoh-tokoh tempatan yang bertungkus lumus membantu pihak kerajaan ini untuk berkuasa melalui pilihanraya umum yang lalu seperti tidak dihargai dan dipandang sepi.
Melalui senarai yang dikeluarkan, jelas sekali pihak kerajaan tidak menunaikan gembar gembur untuk memilih kalangan yang berkelayakan atau berpendidikan sekurang-kurangnya SPM atau Diploma. Dalam kategori NGO dan professional pihak kerajaan negeri mengambil jalan menghina anak Kuala Selangor, seolah-olah tidak ada yang berkelayakan professional manakala dalam pemilihan NGO wakil yang dipilih tidak mempunyai kedudukan dalam NGO yang jelas. Terdapat seorang calon yang mempunyai kepentingan perniagaan keluarga di Majlis Daerah Kuala Selangor.
Perlantikan ini juga menunjukkan berlaku manipulasi dalam pemilihan dimana senarai calon NGO diisi oleh ahli parti-parti tertentu yang dibawa dari luar. Setelah dihalusi terdapat pula ahli-ahli ini mempunyai hubungkait persaudaraan dengan seorang ahli Yang Berhormat. Unsur kronisma tetap ada.
Sebagai satu catatan, Majlis Daerah Kuala Selangor telah tidak diurus dengan baik sejak sekian lama. Pelbagai aspek penambah baik perlu diberi perhatian.
Bagaimana mereka yang tidak dikenali ini malah tinggal berpuluh batu/kilometer dari daerah ini dapat berkhidmat dengan berkesan?
Badan Bertindak Rakyat Prihatin (BBRP) mendesak supaya calon-calon luar ini menarik diri dan menghormati hasrat penduduk tempatan. Fenomena ini juga berlaku dibeberapa PBT lain di Selangor.
Akhirnya, BBRP Kuala Selangor mendesak supaya Pilihanraya Kerajaan Tempatan di hidupkan semula!
PEMBERSIHAN “PENGARUH-PENGARUH PEMBANGKANG” OLEH MB SELANGOR

Pihak BN jangan TERKEJUT dengan pembersihan ini, kerana INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ORANG2 UMNO, MIC , MCA MAHUPUN KRONI KHIR TOYO, SAMADA HIDUP MAHUPUN MATI.

Ini adalah “pembersihan” oleh Tan Sri Khalid terhadap orang-orang PKR sendiri!!!Apa yang terjadi di Ampang, Klang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah kerja PEJABAT MENTERI BESAR.Lihat sahaja apa terjadi pada Saudara Suhaimi Mohd Nor ,Pemangku Ketua Bahagian Klang (lihat petikan daripada the Star, Rabu, 9 Julai 2008) yang di”cantas” daripada menjadi Ahli Majlis MPK, Majlis Perbandaran Klang. Lihat apa terjadi pada Dr Badrul Amin, Ketua Bahagian Sabak Bernam di Sabak Bernam.Bandingkan beliau dengan seorang bernama Salmah Ismail yang tidak ada langung pengorbanan setitik peluh di Sabak Bernam.Orang yang berjasa dari zaman reformasi dulu hingga sekarang, nama Dr Badrul Amin pun tak disenaraikan didalam Ahli Majlis Sabak Bernam.Lihat apa terjadi di Ampang, seorang penjenayah yang mengampu YB Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita PKR Nasional) disenaraikan sebagai Ahli Majlis MPAJ.Ramai2 lagi orang2 lama reformasi di Ampang yang berkelayakan boleh diketengahkan.Lihat apa terjadi di Kuala Selangor,dimana pejabat DAP pun takde tapi 5 orang DAP dari mana2 pun dapat jadi Ahli Majlis Daerah.

Taktik2 BN mula menular didalam PKR

Semenjak PKR menang, kita mengharapkan Politik Harapan Baru di Malaysia.Bercerita tentang konsep ini, jelas kita hendak perubahan dari segi kepentingan politik.Pakatan Rakyat di Selangor, diketuai oleh pimpinan PKR patut tahu apa itu “kepentingan politik”.Bukankah kemenangan setiap YB-YB PKR adalah atas tiket parti politik Parti Keadilan Rakyat.?Tetapi sejak kebelakangan ini , pemerintahan negeri Selangor dalam misi telus dan cekap , ingin menunjukkan pada pihak pembangkang , iaitu BN dan rakyat Selangor bahwa mereka bukan macam pemerintahan yang lalu, dimana orang politik diberi keutamaan. Jadi MB Selangor dalam salah satu agenda ialah untuk menukarkan komposisi Ahli2 Majlis PBT dengan orang2 yang dikatakan membawa HARAPAN BARU kepada pemerintahan negeri Selangor. Panel Pemilih Ahli-Ahli Majlis ditubuhkan, dimana terdapat YB-YB seperti Ronnie Liu (DAP), Sivarasa(PKR), Dr Xavier(PKR), Zuraida Kamarudin (PKR) , Cikgu Lee.Apa yang terjadi selepas itu adalah satu fenomena yang cukup bahaya didalam PKR .Dari apa yang kita tahu pemilihan Ahli-Ahli Majlis ada bermasalah.Adakah YB-YB ini sudah “chai” atau ertikata lain, sudah memilih kroni2 mereka didalam pemilihan Ahli-Ahli Majlis? Sekurang2 nya BN dahulu , kita tahu apa niat mereka didalam PBT tetapi fenomena bahaya ini lebih TERUK lagi kerana pihak pimpinan atasan mempamirkan TELUSAN DAN TIADA AMALAN KRONISMA TETAPI PERKARA2 SEBALIKNYA BERLAKU DIBELAKANG TABIR KONSEP HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA. Adakah YB-YB ini sudah mengamalkan kata sepakat “satu untuk aku,satu untuk kau”…mereka dah berkira2 antara mereka untuk meletakkan orang2 mereka…???
APAKAH YANG KITA TENTANG SELAMA INI DENGAN BN ,BERLAKU PULA DIDALAM PKR????

MB SELANGOR DAN YB-YB PKR SELANGOR MEMPUNYAI DUA MUSUH UTAMA SEKARANG :SATU MUSUH YANG NYATA, UMNO BERSERTA BN DAN KEDUA, MUSUH DALAMAN YANG AKAN MEJADI DURI DALAM DAGING.

Thursday, July 10, 2008

PEGAWAI KHAS YB MENJADI AHLI MAJLIS...APA SUDAH JADI, KHALID???

MB SELANGOR, Tan Sri Khalid ada mengatakan bahwa YB Adun dan YB Parlimen tidak boleh campur tangan dalam pemilihan ahli majlis.Maka macamana Pegwai Khas seorang YB Parlimen menjadi Ahli Majlis Daerah?Ini baru satu kes...

Ahli Majlis MDSB (Majlis Daerah Sabak Bernam) Sesi Julai 2008-Jun 2009
-petikan daripada Sinar ...sinar @ sabak bernam bertarikh 10hb Julai 2008, Khamis
Ada seorang perempuan bernama Salmah Ismail didalam senarai tersebut.Siapakah beliau?

Puan Salmah ini merupakan Pegawai Khas YB Zuraida Kamaruddin di Parlimen Ampang dan juga Setiausaha WIRDA. Macamana ni Tan Sri Khalid , orang YB pun dipilih, kata tak boleh campurtangan YB2???Yang lebih parah lagi , Puan Salmah ni Ketua PKR Bahagian Cheras, dahlah bukan orang Sabak Bernam , malah lebih parah lagi bukan anak Selangor....

Orang2 Sabak Bernam kenapa tak ada orang lain ...mana pergi Ustaz Badrul Amin(Ketua PKR Bahagian Sabak Bernam) mahupun isteri beliau yang bertungkus lumus untuk keadilan??Adakah MB "marah" pada beliau kerana mengepalai orang-orang lama dan reformis tempoh hari , kejadian di Istana Mestika pada malam 23hb Jun 2008???